Saturday, December 3, 2011

UMAR AL-KHATTAB- PEMIMPIN YANG ADIL

Khalifah Umar merupakan seorang pemimpin yang sangat berjimat cermat dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab beliau. Selain dari itu Khalifah Umar juga merupakan seorang pemimpin yang sangat adil dan sangat bijaksana.

Khalifah Umar merupakan orang pertama yang digelar Amirul Mukminin. Ada juga beberapa hadis yang menyebut perihal Umar antaranya adalah:

"Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya (Hadith riwayat At-Turmizi)".

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat sehinggakan beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran antaranya surah al-Baqarah ayat 219 dansurah An-Nisa' ayat 43 yang membawa perihal berkenaan arak. Saidina Umar merupakan orang yang pertama menjalankan hukum hudud 80 kali sebatan ke atas peminum arak.

Semasa Khalifah Umar menjadi pemimpin tiada seorang pun rakyatnya yang mengalami kemiskinan. Kerana rakyatnya yang hidup mewah lantas tiada seorang rakyatnya yang berhak untuk diberikan zakat, maka harta di dalam Baitulmal semakin lama semakin banyak.

Sehinggalah pada suatu hari datang seorang paderi ingin berjumpa dengan pemimpin yang sangat hebat ini. Ini kerana pada zaman itu Eropah dilanda zaman kegelapan. Paderi ini ingin sangat mempelajari cara kepimpinan yang dijalankan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Maka bertemulah paderi itu dengan Khalifah Umar. Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat pakaian yang dikenakan oleh Khalifah Umar tidak menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin untuk suatu kerajaan yang terkenal dengan kemakmuran dan kekayaan.

 Khalifah Umar Al-Khattab berkata kepada paderi itu:

"Pemimpin sebenarnya adalah hamba rakyat."

No comments:

Post a Comment